MALAYSIA

MALAYSIA

Wednesday, December 31, 2008

SELAMAT TAHUN BARU 2009 MASIHI


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2009 MASIHI, SEMOGA TAHUN 2009 AKAN MENJADI LEBIH BAIK BERBANDING TAHUN-TAHUN SEBELUMNYA.

SUMBANGAN UNIFORM SEKOLAH DAN MAKANAN


Pada hari Selasa, 30 Disember 2008 bertempat di Masjid Hj. Ismail Yaacob, Kg. Telok Baru 2 telah berlangsung Majlis Penyampaian Sumbangan Uniform Sekolah dan Bantuan Makanan kepada ahli-ahli KRT TB2D yang kurang berkemampuan. Majlis diserikan dengan kehadiran Pengarah Jabatan Perpaduan Negeri Kelantan, Tn. Hj. Hadi.

Tuesday, December 30, 2008

JEMPUTAN

Dengan segala hormatnya, dijemput semua warga KRT TB2/D ke Majlis Sumbangan Pakaian Sekolah untuk Pelajar Miskin dan Bantuan Makanan kepada Warga yang kurang berkemampuan yang akan diadakan pada hari Selasa, 30 Disember 2008 jam 8.30 malam bertempat di Masjid Hj. Ismail Yaacob, Kg. Teluk Baru 2, Kota Bharu, Kelantan. Diharap kehadiran Tuan / Puan akan menambahkan lagi erti majlis ini.

Monday, December 29, 2008

TAHUN BARU HIJRAH 1430


KRT TB2/D MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1430, SEMOGA TAHUN INI AKAN MENJADI LEBIH BAIK DARI TAHUN YANG LEPAS, INSYAALLAH.

MESYUARAT KHAS KRT


Satu mesyuarat khas KRT TB2/D mengenai program bantuan kepada pelajar miskin dan ahli yang kurang berada telah dibuat dengan jayanya pada 26 Disember 2008 bertempat dirumah Cikgu Hassan Basri.

GOTONG-ROYONG BERSIH PARIT JPS


Gotong-royong membersihkan parit besar JPS yang terletak didalam KRT TB2/D diadakan pada Disember 2008 dengan penyertaan yang memuaskan dari para penduduk.