MALAYSIA

MALAYSIA

Friday, July 25, 2008

BERTOLAK KE LANGKAWI




Pada hari Khamis, 24 Julai 2008 jam 10.00 malam, seramai 40 orang ahli KRT TB2/D bertolak ke Perlis dan seterusnya mereka akan ke pulau lagenda, Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman. Mereka berlepas dengan sebuah bas persiaran yang disewa khas. Tempat bertolak iaitu berhampiran Stesyen Minyak Petronas, Demit. Rombongan ini diketuai sendiri oleh Pengerusi KRT TB2/D iaitu Tn. Hj. Nawi @ Zain b. Hj. Zakaria. Semuga semua peserta rombongan dilindungi Allah sepanjang perjalanan dan beroleh kebaikan hasil dari rombongan ini.


Sunday, July 20, 2008

ROMBONGAN KE LANGKAWI

Seramai 40 orang ahli KRT TB2/D bercadang akan melakukan rombongan ke Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman selama tiga hari, iaitu bertolak pada pagi hari Jumaat, 25 Julai dan dijangka pulang pada hari Ahad, 27 Julai 2008. Selamat Makan Angin!

Saturday, July 19, 2008

SAMBUTAN KRT PERINGKAT KEBANGSAAN 2008


KRT TB2 / D turut sama menyertai Sambutan Kawasan Rukun Tetangga Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Kota Bharu, Kelantan pada 12 Julai 2008. Kelihatan didalam gambar ahli-ahli KRT TB2 / D bergotong-royong menyediakan daging untuk Pertandingan Gulai Kawah dan Pasukan Dikir Barat Tengo Delta diberikan penghormatan untuk mengadakan persembahan pada sambutan tersebut.


POS KAWALAN SRS ZON TIGA

Suasana sebelum memulakan tugas rondaan SRS di Pos Kawalan SRS Zon 3 KRT TB2 / D.

TAKLIMAT RONDAAN SRS DARI KSU

Dato' Dr. Muzahet bin Masruri, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia memberikan taklimat kepada anggota-anggota rondaan SRS KRT TB2/ D pada malam 13 Julai di Pos Kawalan SRS Zon 3 KRT TB2 / D sebelum tugas rondaan dilaksanakan yang turut juga disertai beliau.

MENANDA KEHADIRAN BERTUGAS SRS

Detik bersejarah...Dato' Dr. Muzahet bin Masruri, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan menandatangani kehadiran beliau untuk melaksanakan Rondaan SRS di Pos Kawalan SRS Zon 3 KRT TB2/D pada 13 Julai 2008.

LAWATAN KSU KEMENTERIAN PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN MALAYSIA

12 Julai 2008, merupakan tarikh bersejarah kepada KRT TB2/D kerana telah dikunjungi oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia, Dato' Dr. Muzahet bin Masruri.
j

CERAMAH AGAMA UNTUK KANAK-KANAK

Anak-anak ahli KRT TB2/D begitu tekun mengikuti satu ceramah agama yang diadakan khas untuk mereka di Masjid Hj. Ismail Yaacob.

TANDA PRIHATIN

Majlis Penyampaian Sumbangan kepada salah seorang anak ahli KRT TB2/D yang telah kematian bapa dan menjadi yatim piatu. Sumbangan berbentuk kewangan diharap dapat meringankan sedikit beban kepada anak sulung ini untuk menyara kehidupan mereka adik beradik.

KELAS FARDHU AIN

Kelas Pengajian Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah untuk anak-anak ahli KRT TB2/D yang dikendalikan oleh Profesor Dr. Mokhtar (salah seorang anggota KRT TB2/D) dilaksanakan di Masjid Hj. Ismail Yaacob, Kg. Telok Baru 2 pada setiap hari bermula jam 7.30 petang dan berakhir selepas solat fardhu Isyak.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1429 HIJRAH

Majlis Sambutan Maulidul Rasul Peringkat KRT TB2/D disambut meriah dengan acara tradisi iaitu memasak Bubur As-Syura. Majlis bertambah meriah apabila turut disertai oleh Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Negeri Kelantan.

PENUBUHAN JIRAN WANITA

Mesyuarat Kali Pertama Jiran Wanita KRT TB2/D yang telah diadakan disebuah rumah salah seorang ahli wanita KRT TB2/D awal tahun 2008.