MALAYSIA

MALAYSIA

Wednesday, December 31, 2008

SELAMAT TAHUN BARU 2009 MASIHI


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2009 MASIHI, SEMOGA TAHUN 2009 AKAN MENJADI LEBIH BAIK BERBANDING TAHUN-TAHUN SEBELUMNYA.

SUMBANGAN UNIFORM SEKOLAH DAN MAKANAN


Pada hari Selasa, 30 Disember 2008 bertempat di Masjid Hj. Ismail Yaacob, Kg. Telok Baru 2 telah berlangsung Majlis Penyampaian Sumbangan Uniform Sekolah dan Bantuan Makanan kepada ahli-ahli KRT TB2D yang kurang berkemampuan. Majlis diserikan dengan kehadiran Pengarah Jabatan Perpaduan Negeri Kelantan, Tn. Hj. Hadi.

Tuesday, December 30, 2008

JEMPUTAN

Dengan segala hormatnya, dijemput semua warga KRT TB2/D ke Majlis Sumbangan Pakaian Sekolah untuk Pelajar Miskin dan Bantuan Makanan kepada Warga yang kurang berkemampuan yang akan diadakan pada hari Selasa, 30 Disember 2008 jam 8.30 malam bertempat di Masjid Hj. Ismail Yaacob, Kg. Teluk Baru 2, Kota Bharu, Kelantan. Diharap kehadiran Tuan / Puan akan menambahkan lagi erti majlis ini.

Monday, December 29, 2008

TAHUN BARU HIJRAH 1430


KRT TB2/D MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1430, SEMOGA TAHUN INI AKAN MENJADI LEBIH BAIK DARI TAHUN YANG LEPAS, INSYAALLAH.

MESYUARAT KHAS KRT


Satu mesyuarat khas KRT TB2/D mengenai program bantuan kepada pelajar miskin dan ahli yang kurang berada telah dibuat dengan jayanya pada 26 Disember 2008 bertempat dirumah Cikgu Hassan Basri.

GOTONG-ROYONG BERSIH PARIT JPS


Gotong-royong membersihkan parit besar JPS yang terletak didalam KRT TB2/D diadakan pada Disember 2008 dengan penyertaan yang memuaskan dari para penduduk.

Monday, September 22, 2008

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI 1429 HIJRAH DARIPADA SEMUA ANGGOTA RUKUN TETANGGA DAN ANGGOTA SKIM RONDAAN SUKARELA TELOK BARU 2 / DEMIT...MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Monday, August 4, 2008

LAWATAN KRT TAMAN DATO' SENU, SELANGOR KE KRT TELOK BARU 2 / DEMIT







Gambar sekitar lawatan KRT Taman dato' Senu, Selangor ke KRT Telok Baru 2 / Demit pada bulan Jun 2008 baru-baru ini. Kami amat berbesar hati menerima kunjungan saudara sekelian!

Sunday, August 3, 2008

LAWATAN KRT TAMAN DATO' SENU, SELANGOR

Baru-baru ini, kami di KRT TB2/D telah menerima kunjungan dari sahabat-sahabat Kawasan Rukun Tetangga Taman Dato' Senu, Selangor, majlis tersebut berlangsung dalam suasana yang amat muhibbah dan mesra. Kami di KRT TB2/D amat berbesar hati dengan kunjungan tersebut.

Friday, July 25, 2008

BERTOLAK KE LANGKAWI




Pada hari Khamis, 24 Julai 2008 jam 10.00 malam, seramai 40 orang ahli KRT TB2/D bertolak ke Perlis dan seterusnya mereka akan ke pulau lagenda, Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman. Mereka berlepas dengan sebuah bas persiaran yang disewa khas. Tempat bertolak iaitu berhampiran Stesyen Minyak Petronas, Demit. Rombongan ini diketuai sendiri oleh Pengerusi KRT TB2/D iaitu Tn. Hj. Nawi @ Zain b. Hj. Zakaria. Semuga semua peserta rombongan dilindungi Allah sepanjang perjalanan dan beroleh kebaikan hasil dari rombongan ini.